Yayasan Koreksional Malaysia

Bukit Wira, Kajang
Pengenalan

Yayasan Koreksional Malaysia

Yayasan Koreksional Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2016 di bawah Akta Pertubuhan 1966 (ROS), Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 bernombor Pendaftaran PPM 017-10-06042016 beralamat di Pejabat Yayasan Koreksional Malaysia, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira, 43000 Kajang, Selangor.

Penubuhan Yayasan Koreksional Malaysia adalah untuk membantu Persatuan atau Yayasan atau Penubuhan yang berkepentingan awam dengan memberikan atau menjana sumbangan tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa. Jawatankuasa Induk Yayasan Koreksional Malaysia dalam memperkasakan Yayasan Koreksional Malaysia mengumpul dana bagi mencapai objektif Yayasan Koreksional Malaysia dan mempelbagaikan kegiatan ekonomi diantaranya adalah pembekalan produk makanan dan barangan keperluan prospek.

Edit Content
Perkhidmatan Utama

Yayasan Koreksional Malaysia

Yayasan Koreksional Malaysia terus berusaha untuk memperkasakan banduan dan bekas banduan dengan menyediakan sokongan yang berterusan melalui program pemulihan yang menyeluruh.

  • Penempatan Pelepasan Banduan Secara Lesen / Parol atau prospek ke premis-premis perniagaan di bawah seliaan Agensi Kerajaan dan syarikat swasta.
  • Program pembekalan barangan keperluan harian banduan di institusi penjara seluruh negara.
  • Membangunkan dan melaksanakan kerjasama ekonomi bersama syarikat swasta serta badan bukan kerajaan.
Edit Content
Waktu Operasi

Yayasan Koreksional Malaysia

Isnin - Jumaat: 8:00 pagi - 5:00 petang

Sabtu - Ahad & Cuti Umum: Tutup

Sebarang aduan dan maklum balas, tindakan akan diambil dalam tempoh 24 jam semasa hari bekerja.

Yayasan Office