Piagam Pelanggan

Bagi memastikan Yayasan Koreksional sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada para pelanggan; Maka kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang komited dan profesional melalui layanan mesra dan sedia membantu untuk mencapai setiap objektif dengan tepat, cekap dan cepat dengan:

  1. Bayaran dari Yayasan kepada pembekal dalam tempoh 14 hari bekerja.
  2. ⁠Bayaran dari Institusi kepada Yayasan dalam tempoh 14 hari bekerja.
  3. Penghantaran dalam 14 hari bekerja setelah menerima tempahan dari Pihak Yayasan.
  4. Tempahan barangan dan makanan setiap hujung bulan sahaja.
  5. Sebarang kerosakan barangan dan makanan, wajib Pihak Institusi pulangkan kepada Pihak Yayasan.
  6. ⁠Pihak Yayasan akan membuat pembayaran kepada Pembekal pada setiap bulan sahaja.
  7. Bayaran akan dikira melalui barangan dan makanan yang telah dijual sahaja.