Garis Panduan
Tanggungjawab
YAYASAN KOREKSIONAL MALAYSIA
Garis panduan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu Yayasan Koreksional Malaysia mematuhi tatacara perkhidmatan dan kriteria-kriteria yang perlu diikuti bagi tujuan mewujudkan suatu perkhidmatan yang berkualiti, beretika, berdisiplin, bersih dan selamat. Yayasan Koreksional Malaysia hendaklah secara am bertanggungjawab seperti yang berikut:
-
Merujuk dan memaklumkan kepada pembekal sekiranya terdapat apa-apa perubahan terhadap perkara-perkara yang boleh menjejaskan Perjanjian ini;
-
Tertakluk kepada arahan-arahan keselamatan dan pentadbiran yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam melaksanakan Perkhidmatan ini;
-
Perlu memastikan untuk mengeluarkan pesanan belian yang perlu ditawarkan kepada pembekal pada setiap kali tempahan;
-
Bekerjasama sepenuhnya bersama pembekal dengan memberi maklumat yang lengkap mengenai pembekalan atas pesanan yang diminta oleh setiap Institusi Penjara Malaysia dan melaksanakan pembayaran yang wajib dibayar mengikut Perjanjian ini; dan
-
Pendapatan tambahan untuk pihak Yayasan Koreksional Malaysia dalam mencari dana untuk menyokong pengoperasian harian organisasi.