Garis Panduan

Tanggungjawab

PEMBEKAL

Garis panduan dan kod etika ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu pembekal mematuhi tatacara perkhidmatan dan kriteria-kriteria yang perlu diikuti bagi tujuan mewujudkan suatu perkhidmatan yang berkualiti, beretika, berdisiplin, bersih dan selamat. Selaras dengan tiga objektif utama garis panduan dan kod etika iaitu:-

  1. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan industri operasi pengurusan pembekal yang berdisiplin dan beretika;
  2. Melarang perilaku dan tatacara perkhidmatan yang boleh memudaratkan kesihatan dan keselamatan pengguna; dan
  3. Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada prospek. 
  • Sentiasa melaksanakan Perkhidmatan dengan teratur, sempurna dan profesional berdasarkan amalan pengurusan yang baik bagi melindungi kepentingan Yayasan Koreksional Malaysia supaya tidak terjejas;
  • Mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk memastikan Perkhidmatan penghantaran memenuhi kehendak pihak Institusi Jabatan Penjara Malaysia;
  • Memaklumkan kepada Yayasan Koreksional Malaysia secara bertulis dengan serta merta apabila berlaku apa-apa faktor atau kejadian yang boleh memberikan kesan terhadap pembekalan dan makluman tersebut hendaklah tidak ditafsirkan sebagai pengecualian tanggungjawab pembekal kepada Yayasan Koreksional Malaysia;
  • Menjalin kerjasama dengan Yayasan Koreksional Malaysia untuk melaksanakan pesanan bekalan yang mencukupi ke Institusi Penjara Malaysia di seluruh Malaysia;
  • Bekerjasama dengan sepenuhnya dengan Yayasan Koreksional Malaysia dalam proses penghantaran Bekalan Makanan ke seluruh Institusi Penjara Malaysia pada masa yang telah ditetap;
  • Bekerjasama dengan sepenuhnya dengan Yayasan Koreksional Malaysia dalam proses penghantaran Bekalan Makanan ke seluruh Institusi Penjara Malaysia pada masa yang telah ditetap;
  • Membekalkan kepelbagaian barangan keperluan tambahan yang mampu dibeli dengan harga berpatutan di kantin tempat Perjumpaan di Institusi-Institusi Penjara Malaysia;
  • Mewujudkan tawaran alternatif kepada barang keperluan penghuni berasaskan kepada kualiti dan value for money; dan
  • Memberi Institusi Penjara Malaysia peluang untuk mendapatkan barang keperluan alternatif yang boleh dijual di Tempat Perjumpaan Prospek.
Visi

Menjadi peneraju dalam pemerkasaan industri pembekalan institusi penjara yang mapan dan berdaya saing.

Misi

Memacu pembangunan industri pembekalan sebagai pemangkin sosioekonomi yang mapan bagi perlindungan ahli-ahli Yayasan Koreksional Malaysia.