Garis Panduan

Tanggungjawab

INSTITUSI JABATAN PENJARA MALAYSIA

Garis panduan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu Institusi Jabatan Penjara Malaysia mematuhi tatacara perkhidmatan dan kriteria-kriteria yang perlu diikuti bagi tujuan mewujudkan suatu perkhidmatan yang berkualiti, beretika, berdisiplin, bersih dan selamat. Institusi Jabatan Penjara Malaysia hendaklah secara am bertanggungjawab seperti yang berikut:

  • Pihak Institusi Jabatan Penjara malaysia perlu bersedia dan mengambil tahu cara pengoperasian bekalan yang akan dijalankan di Institusi.
  • Memeriksa pesanan dan belian yang diberikan pada hari tersebut.
  • Melaksanakan tugasan wajib iaitu:
    1. Memastikan kebersihan kedai jumpa terjaga;
    2. Menyusun barangan mengikut aturan serta menitikberatkan kualiti barangan;
    3. Tidak meletakkan barang di luar kawasan kedai jumpa kecuali dengan kebenaran daripada Pihak Berkaitan;
    4. Memastikan berkeadaan baik dan bersih untuk digunakan;
    5. Memastikan kelengkapan barangan dan makanan disusun rapi dengan berkeadaan teratur dan bersih;
    6. Memeriksa barangan dan makanan dan asingkan yang telah rosak, pecah dan tarikh tamat tempoh;
    7. Memastikan kualiti barangan dan makanan sentiasa bersih dan disusun kemas;
    8. Memastikan setiap tugasan berkenaan disempurnakan sebelum kedai jumpa dibuka dan ditutup dan;
    9. Merekodkan pembelian barang keperluan prospek dalam satu sistem yang dapat diakses oleh pihak pengurusan sebagai check and balance.
Visi

Menjadi peneraju dalam pemerkasaan industri pembekalan institusi penjara yang mapan dan berdaya saing.

Misi

Memacu pembangunan industri pembekalan sebagai pemangkin sosioekonomi yang mapan bagi perlindungan ahli-ahli Yayasan Koreksional Malaysia.