Garis Panduan
Tanggungjawab
PEMBEKAL
Garis panduan dan kod etika ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu pembekal mematuhi tatacara perkhidmatan dan kriteria-kriteria yang perlu diikuti bagi tujuan mewujudkan suatu perkhidmatan yang berkualiti, beretika, berdisiplin, bersih dan selamat. Selaras dengan tiga objektif utama garis panduan dan kod etika iaitu:-
- Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan industri operasi pengurusan pembekal yang berdisiplin dan beretika;
- Melarang perilaku dan tatacara perkhidmatan yang boleh memudaratkan kesihatan dan keselamatan pengguna; dan
- Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada prospek.
-
Sentiasa melaksanakan Perkhidmatan dengan teratur, sempurna dan profesional berdasarkan amalan pengurusan yang baik bagi melindungi kepentingan Yayasan Koreksional Malaysia supaya tidak terjejas;
-
Mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk memastikan Perkhidmatan penghantaran memenuhi kehendak pihak Institusi Jabatan Penjara Malaysia;
-
Memaklumkan kepada Yayasan Koreksional Malaysia secara bertulis dengan serta merta apabila berlaku apa-apa faktor atau kejadian yang boleh memberikan kesan terhadap pembekalan dan makluman tersebut hendaklah tidak ditafsirkan sebagai pengecualian tanggungjawab pembekal kepada Yayasan Koreksional Malaysia;
-
Menjalin kerjasama dengan Yayasan Koreksional Malaysia untuk melaksanakan pesanan bekalan yang mencukupi ke Institusi Penjara Malaysia di seluruh Malaysia;
-
Bekerjasama dengan sepenuhnya dengan Yayasan Koreksional Malaysia dalam proses penghantaran Bekalan Makanan ke seluruh Institusi Penjara Malaysia pada masa yang telah ditetap;
-
Bekerjasama dengan sepenuhnya dengan Yayasan Koreksional Malaysia dalam proses penghantaran Bekalan Makanan ke seluruh Institusi Penjara Malaysia pada masa yang telah ditetap;
-
Membekalkan kepelbagaian barangan keperluan tambahan yang mampu dibeli dengan harga berpatutan di kantin tempat Perjumpaan di Institusi-Institusi Penjara Malaysia;
-
Mewujudkan tawaran alternatif kepada barang keperluan penghuni berasaskan kepada kualiti dan value for money; dan
-
Memberi Institusi Penjara Malaysia peluang untuk mendapatkan barang keperluan alternatif yang boleh dijual di Tempat Perjumpaan Prospek.